1MALAYSIA 1HALAL 2010

Pengguna yakin produk halal  
.

Rata-rata usahawan tempatan yang terlibat dalam kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara yakin produk halal mereka mendapat tempat di hati masyarakat.

Lambakan produk dan perkhidmatan di pasaran hari ini baik dalam mahupun luar negara, status halal sering menjadi perseolahan. Perasaan was-was terbit

apabila melihat sesuatu produk di rak pasar raya yang tidak mempunyai logo halal atau jika ada pun bentuk logonya pula agak meragukan.

Dengan kesedaran untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai produk halal dan memperkenalkan senarai produk yang sah dan diyakini, portal perniagaan

halal, DagangHalal.com menganjurkan Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Februari lalu.

Bagi usahawan terbabit, barangkali ia masa terbaik untuk memperkenalkan produk halala masing-masing sekali gus memperkasakan jenama halal di mata dunia.

 
Permata Hijrah, Mohd, Zulkifli Dollah  
.

Mengapa? Kempen yang berlangsung selama tiga hari itu bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat tempatan berketurunan Melayu dan Islam, tetapi turut mendapat sambutan masyarakat India, Cina dan pelancong luar negara.

Bagi Pengasas Permata Hijrah, Mohd, Zulkifli Dollah, sambutan pengunjung dalam Kempen 1Malaysia 1Halal tersebut amat luar biasa apabila gerainya yang menawarkan produk-produk kesihatan diserbu lebih 12,000 pengunjung selama tiga hari kempen berlangsung.

Permata Hijrah berjaya menjual kira-kira 5,000 Pertama Terapi iaitu alat urutan mata yang dijual pada harga RM100 sahaja sempena kempen kali ini.

"Selain itu, produk-produk lain yang turut mendapat sambutan memberangsangkan ialah kapsul Bilberry dan kapsul resdung," katanya ketika ditemui.

Tambah Zulkifli, kedatangan pengunjung yang ramai ke gerai Permata Hijrah secara tidak langsung membantu usahawan-usahawan lain yang membuka gerai pada kempen tersebut.

"Apabila pengunjung datang ke gerai Permata Hijrah, sekali gus mereka akan melawat gerai-gerai lain, begitu juga sebaliknya. Ia ibarat rezeki yang dikongsi bersama dan dapat memperkenalkan produk-produk halal kepada orang ramai," katanya.

 
Sharon Goh  
.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran A1 Best One Food Marketing Sdn.Bhd. (A1), Sharon Goh memberitahu produk halal amat penting kerana ia bukan sahaja mendapat permintaan masyarakat beragama Islam, tetapi juga menekankan soal kebersihan.

"Selain itu, untuk meluaskan pasaran ke luar negara, produk halal sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari negara-negara Islam,"katanya.

Pengarah operasi halal A1 Best Food Marketing Sdn.Bhd.(A1), Noor Ini Ismail memberitahu, A1 kini memperkenalkan empat produk baruyang dipasarkan bulan ini di bawah jenama baru iaitu Aji-Best.

"Produk baru yang diperkenalkan ialah rempahan sup tulang, sos rempah kari segera daging, sos rempah kari segera makananlaut dan sos rempah kari segera rendang.

 
1Malaysia 1Halal  
.

"Produk-produk keluaran kami bukan sahaja terbukti halah, malah bersih kerana mendapat sijil Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) iaitu sistem pengurusan keselamatan makanan," katanya.

Dalam pada itu, bagi pengunjung yang mencari produk makanan tambaham yang bersesuaian, Halagel Nutraseutikal memperkenalkan satu-satunya produk makanan tambahan halal yang menggunakan minyak habbatus sauda iaitu Halagel Black Seed Oil yang mempunyai pelbagai khasiat.

Eksekutif Jualannya, Mohd.Fairulnizam Thohar berkata, "Halagel Black Seed Oil adalah yang pertama seumpamanya di pasaran. Produk itu berungsi untuk meningkatkan sistem ketahanan badan membantu melegakan sesak nafas, melancarkan haid dan pembuangan air, membuang angin dalam badan dan banyak lagi," katanya yang turut memperkenalkan lapan produk makanan tambahan lain.

Menurut Fairulnizam, produk keluaran Halagel menggunakan kapsul daripada gelatin yang halal.

"Pengguna harus beralih kepada produk yang dijamin halal tetapi menawarkan kebaikan yang tidak kurang jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain, katanya."

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dagang Halal.com, Khairil Ismahafiz berkata, seramai 37 usahawan dan sijil halal berserta agensi kerajaan telah menyertai Kempen 1Malaysia 1Halal itu.

"Kita mendapat sambutan yang menggalakkan kerana sebenarnya terdapat 150 peserta yang mahu merebut tempat dalam kempen ini , namun kita terpaksa mengehadkan kepada 37 sahaja buat masa ini," katanya.

Kempen 1Malaysia 1Halal yang diadakan sempena Hari Maulidur Rasul diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan akhbar Kosmo!.